Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan

mengenai

Kejohanan Bola Keranjang Piala Sultan Selangor Bahagian Pertama Tahun 2008

 

1.            Nama Kejohanan

1.1.         Kejohanan Bola Keranjang Piala Sultan (Lelaki/Wanita) Selangor (Kumpulan Pertama)

               

2.            Tujuan

2.1.         Mempertingkatkan mutu permainan bola keranjang dalam Negeri Selangor.

2.2.         Mengeratkan tali persahabatan di antara pemain-pemain Negeri Selangor.

2.3.         Memilih pemain untuk mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Piala Agong.

 

3.            Penganjur

3.1.         Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor.

 

4.            Penganjur Bersama

4.1.         Persatuan Bola Keranjang Daerah Kuala Langat.

 

5.            Tarikh Pertandingan

5.1.         Mulai 5hb Nov, 2008 hingga 15hb Nov, 2008.

 

6.            Tarikh, Masa & Tempat Perasmian Pembukaan

6.1.         Tarikh dan masa Perasmian Pembukaan Kejohanan akan diumumkan pada mesyuarat Pengurus. Semua

                pasukan diwajibkan hadir ke upacara perasmian jika ada.

 

7.            Tempat Pertandingan

7.1.         Stadium Tertutup Kuala Langat, Banting, Kuala Langat.

 

8.            Tarikh Tutup Pendaftaran

8.1.         Hari Jumaat bersamaan dengan 31hb Okt, 2008, Jam 15:00 tengahari.

 

9.            Mesyuarat Pengurus dan Jurulatih Pasukan dan Majlis Cabut Undi

9.1.         Di Bilik Mesyuarat, Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor pada hari Jumaat bersamaan dengan 31hb Okt,

                2006, Jam 8:00 malam. Semua pasukan yang mengambil bahagian mesti menghantar sekurang-kurangnya

                seorang wakil untuk mesyuarat ini. Wang cagaran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya tiada wakil.

 

10.          Undang-Undang Kejohanan

10.1.       Mengikut Undang-Undang FIBA 2004-2008

 

11.          Sistem Pertandingan

11.1.       Bahagian lelaki dihadkan kepada 8 pasukan, iaitu 4pasukan berkedudukan teratas (Cheras Hokkien, WCT Puma

                Cargo, ADUN Subang Jaya, MCA Youth Tanjung Karang), serta pasukan juara dan naib juara dari Piala Sultan

                Bahgian Kedua Tahun 2008.

11.2.       Sekiranya pasukan yang mengambil bahagian kurang daripada lapan, hanya Jawatan kuasa Pertandingan yang

                dianggotai oleh Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor boleh menjemput pasukan lain untuk mengisi

                kekosongan.

11.3.       Jumlah penyertaan pasukan bagi bahagian wanita tidak terhad. Pertandingan akan diadakan secara round robin

                sekiranya penyertaan pasukan kurang daripada lima.  Perlawanan secara kumpulan akan dijalankan sekiranya

                terdapat enam pasukan atau ke atas. Sistem pertandingan bagi Pusingan kedua dan Pusingan Akhir akan

                ditetapkan oleh J/K Teknikal Kejohanan.

 

12.          Kelayakan Pemain

12.1.       Setiap pemain mestilah warga Malaysia, pemain luar negeri yang tinggal, bekerja atau belajar di Selangor

                sebanyak enam bulan ke atas dan harus mengemukakan bukti sebelum layak untuk mengambil bahagian.

12.2.       Ataupun, pemain yang boleh memenuhiPendaftaran Pemain MABA untuk Agong Cup” dan pemain akan

                mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Piala Agong yang akan datang.

 

13.          Perkara Penting Pemain

13.1.       Pemain yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan diwajibkan untuk menyertai  latihan serta mewakili Negeri

                Selangor di Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan. Pemain yang tidak menyertai latihan dengan tiada sebab-

                sebab yang munasabah, Persatuan kami berhak mengambil tindakan tatatertib termasuk gantungan mengikut

                Peraturan Pemain 2008”.

 

14.          Struktur pasukan

14.1.       Pengurus Pasukan               :1 Orang

14.2.       Jurulatih/ Penolong Jurulatih:2 Orang

14.3.       Pemain: 12 Orang              

14.4.       Jumlah 15 orang

 

15.          Yuran pendaftaran

15.1.       RM 250.00 bagi setiap pasukan. RM 125.00 untuk Ahli Gabungan SABA

 

16.          Wang Cagaran

16.1.       Semua pasukan yang mengambil bahagian, termasuk pasukan persatuan ini mesti membayar Wang Cagaran

                sebanyak RM200.00 melalui cek berpalang dan bayar kepada <Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor.> 

16.2.       Setiap pasukan yang melanggar syarat-syarat dan peraturan-peraturan akan dikenakan tindakan disiplin dan

 wang cagaran tidak akan dipulangkan.

16.3.       Pasukan yang mematuhi semangat permainan bersih harus menuntut pulang wang cagaran dari bendahara EN.

                Lew Choo Lin019 2806006. Wang Cagaran yang tidak dituntut dalam masa 3 bulan selepas tamat

                kejohanan tidak akan dipulangkan.

16.4.       Pasukan yang menyertai kejohanan diwajibkan tidak kurang seramai 8 peserta untuk menghadiri Upacara

                Pembukaan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan. Pasukan yang gagal mengikut peraturan ini, Wang Cagaran

                tidak akan dipulangkan.

 

17.          Borang Penyertaan

17.1.       Borang penyertaan yang lengkap mesti diserahkan pada mesyuarat pengurus/jurulatih pasukan. Borang yang

                tidak lengkap atau lewat tidak akan diterima.

17.2.       Borang penyertaan boleh dihantar melalui e-mel ke info@selangorbasketball.com.

 

18.          Tempat menuntut borang penyertaan

18.1.       Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor.  1st Floor, Wisma MABA, No. 6, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala

                Lumpur. No. Tel: 03 – 2078 1223, No. Fax: 03 – 2078 1224.

18.2.       Memuat turunkan borang penyertaan dari laman web rasmi Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor, iaitu

                http://www.selangorbasketball.com

 

19.          Hadiah Iringan dan Hadiah Wang Tunai:

19.1.       Johan  Lelaki RM 2,000.00+ Piala + 15 pingat,  Wanita RM 1,000.00+Piala + 15 pingat        

19.2.       Naib Johan Lelaki RM  1,500.00+Piala + 15 pingat, Wanita RM 700.00+Piala + 15 pingat

19.3.       Ketiga Lelaki RM 1,000.00 +Piala + 15 pinga, Wanita RM 500.00+Piala + 15 pingat

19.4.       Fair Play Lelaki RM 300.00, Wanita RM 300.00

19.5.       MVP Lelaki RM 300.00, Wanita RM 300.00

 

20.          Bantahan/Rayuan

20.1.       Sekiranya mana-mana pasukan tidak berpuashati dengan keputusan perlawanan, bantahan boleh dibuat

                dengan segera secara lisan dan menurunkan tandatangan di atas kertas Skor. Surat bantahan bersama cagaran

                RM200.00 mesti sampai kepada Pengerusi J/K              Pertandingan Kejohanan dalam masa 2 Jam selepas perlawanan

                tamat.

20.2.       Sekiranya pasukan tersebut masih tidak berpuas hati dengan keputusan J/K Teknikal Kejohanan, pasukan

                tersebut boleh membuat rayuan kepada J/K Teknikal SABA dengan surat rayuan bersama wang cagaran

                RM500.00 dalam masa 8 Jam selepas pengumuman J/K              Teknikal Kejohanan dibuat.

 

21.          Peraturan-peraturan khas

21.1.       Faul teknikal, kesalahan tidak bersemangat sukan dan “disqualified foul”, akan dikenakan denda yang keras.

21.1.1.    Faul teknikalTechnical fouldan kesalahan tidak bersemangat sukanUnsportmanlike foul):Samada 

                pemain akan dikenakan hukuman gantung perlawanan tertakluk kepada keseriusan  kesalahan yang disabit. 

                Jika seseorang pemain tersabit dengan  faul teknikal dua kali dalam satu perlawanan, maka dia mesti dikenakan

                hukuman gantung perlawanan, J/K Teknikal Kejohanan akan memutuskan samada hukuman lanjut akan

                dikenakan. Hukuman yang akan dikenakan ialah gantung perlawanan satu sesi, gantung perlawanan separuh

                masa pertama atau gantung satu perlawanan. Hukuman paling tinggi ialah menghalau pemain tersebut dari

kejohanan.

21.1.2.    Disqualified faul”:Mesti dihukum gantung satu perlawanan, J/K Teknikal kejohanan akan memutuskan

                samada hukuman lanjut perlu dijalankan. Hukuman paling tinggi ialah menghalau pemain tersebut dari

                kejohanan.

 

22.          Lain-lain

22.1.       Tafsiran peraturan-peraturan adalah ditetapkan oleh J/K Tekninal, keputusan J/K Teknikal adalah muktamad

                dan tidak boleh dicabar atau dibawa ke mahkamah. 

22.2.       J/K Tekninak berhak membuat pembetulan dan tambahan jika merasakan syarat-syarat dan peraturan-

                peraturan tidak lengkap atau perlu.

 

 

 

Disusun oleh:

J/K Teknikal SABA

Sept 2008